my luuu

my luuu
Anees Zuleeq here. Pleasure to follow. Nice to comment. Its for me and for me. hehe

Monday 27 May 2013

Strong Relationship with Our Loves


Assalamualaikum. Lama tak menggeledah blog ni kan. Cuti-cuti ni ada lah sikit masa untuk yaya tulis note sikit pasal yaya. Memandangkan cuti yang diberi kepada semua IPG tiga minggu. Berkerak mata yaya keja tidoq ja kat rumah. Nak pegi berjalan oversea? Banyak sangat kan duit yaya, elaun pon dah lesap di shopping mall dahulu kala lagi. Hehe. Niway, cuti ni banyak kot kenduri. Actually yaya malas sangat pergi kenduri.

Pastu tok bising cakap ‘hampa xpi kenduri org nanti org takmai kenduri hampa blab la blab la”
destinasi kami namanya Taman Selasih, Kulim

Jujur yaya rasa dah berkurun lamanya yaya pegi Kulim. Yaya tak sangka sejauh itu sekali. Dari Kedah turun Penang masuk Kedah balik baru sampai Kulim. Haha. TOLnya pon boleh tahan. Now I know kenapa ia perlu dimansuhkan. Eh politik terselit. Hehe. Yaya punya masalah berada di atas highway dan suka sesat. Dulu waktu yaya on the way ke Kuala Perlis pon yaya dah bebai sebab sesat, mau teriak nasib baik orang pujuk. Padahal Perlis itu rumah kedua yaya ja pon. Peristiwa dari highway Alor Star Selatan nak balik Ke Jitra pon boleh terbabas ke Pendang. kenapa yaya tak ALERT dgn highway ah? stresss


Bila masuk ja kawasan rumah kenduri. Malu gila kot! Yang anak anak dara ni yang jadi perhatian. Pastu sibuk la tolak orang lain  pergi depan dulu. Semua orang mesti buat kan bila jalan bergeng ni. Nasib baik kedatangan di rai. Makanan yang disediakan sangat sedap. Dapat makan sambal ayam, daging masak kicap, gulai ikan dan banyak lagi. Masakan pon macam mamak2 sikit sebab ada kuah dal dan kari apa entah. Pengaruh masakan Penang la nih.
Abang kepada Paan, Fahmi dan Mira. Selamat Pengantin Baru

Tengok pengantin tersenyum puas ja. Yang yaya tau perkahwinan ni termetrai selepas 7-8 tahun berkawan. masyaAllah kuatnya ikatan depa. Mcm mana hubungan tuh berkekalan? Teringin ja nak tanya tips. Hehe.  
Bagi yaya dalam hubungan ni kena ‘GIVE AND TAKE’

  • ·         Kalau si A PERLUKAN sesuatu, si B kena BERSEDIA untuk tolong dan penuhi hasrat si B.
  • ·         Kalau si B LAKUKAN sesuatu, si A perlu BERTERIMA KASIH dan menghargai si B.
  • ·         Kalau  si A BERTEPUK SEBELAH TANGAN Si B  perlu GENGGAM TANGAN pihak   tersebut dan buat rasa dia selamat dan dihargai.
  • ·         Dan kalau si A MENGALAH, Si B tak perlu MENYERAH.
pembuka sesi bergambar. haha




awa dan da :3

sama cantik sama lawa. haha

apa jenis gaya la ini. hurrmm

uitttt. orang lain kahwen orang lain over!

thanks thepoplook.com makin my day

Macam hari raya :)

Fahmi and Mira :)


kami hanya insan biasa yang nak kahwen jugak! hahaha

Mesti hubungan pengantin ni mcm ni. Semoga sang pengantin terus membina mahligai cinta mereka dengan restu dan doa ibu bapa.



Saturday 6 October 2012

Berbezakah antara tiup lilin dan tiup kek?

Motif apakah yaya menulis blog petang petang macam ni? hehehe. tajuknye pon macam tintong dah kan. OK. we move to my point today. nak cerita pasal bersyukur. Tahukah apa itu bersyukur ? dalam bahasa ringkas, bahasa kampung dan kena kat batang hidung is tak banyak songeh, tak keja mengomen dan terima ja apa yg org bagi. olrite bebeh. jum layan blog yaya. bezakah tiup lilin/kek?

Yang pertama, birthday yaya. yaya suka birthday parti. tapi birthday prank tak nak. hahhaha. Since im a kid , i had clebrate my birthday wif my family. dulu abah mama layan ja nak sambut birthday. ada kat rumah, kat sekolah, kat kedai n banyak lagi lah. but now, dah tak leh menggedik mcm dulu tiup-tiup lilin HAPPY BIRTHDAY bagai.

tapi almaklumlah tua tua pun still mcm budak2. then i call my birthday now 'tiup kek'. its special for me. untuk yang u18 boleh lah nak tiup-tiup lilin kan. Parental Guidance. hoho. macam pelik tak sambut birthday. benda buat tiap tiap tahun, then bila dah besar kena stop. tak lawak okay. nak nangis. ehh bukan dah nangis ke? PENTING!

YAYA pemaksa orang. selagi tak dapat selagi tu bising kat telinga orang suruh buat. jahat kan. nampak tak buruk perangai tu? mcm budak budak. Si pendek itu comel yaya nilah kena turut. dah la sibuk nak exam bagai. disiang2 perkataan tiup kek tu kat telinga dia pulak. anyway, walaupun yaya tau dia bengang dan mcm lava yang tunggu nak meletus. yaya tak kira. yaya nak jugak!!!!

sampai ja waktu tu ni la hasilnya.

 kek dua ringgit OK?? RM 2 shj. haha. actually kan. yaya bukan makan sangat kek manis manis ni. nak main main ja. seronok tiup kek. keknya comel kan. yang bestnya sbb dua ringgit lah makcik kedai tu tak nak bg lilin. hey makcik, dua ringgit pun comel okay. letak lilin okay apa. yaya pusing dalam mall tu cri lilin. penat kot. sampai pekerja kat situ sendiri cakap tak tahu ada ke tidak lilin. bangang kan. nak ja tanya. keja lama mana dah? tak tahu cakap tak tahu. yaya yang berkejaran mcm kat padang pasir ni yang malu. at last, i got my sweet candle yang harganya RM 1.90. haha. my birthday parti cost is on RM 3.90. Bukan Kanye west buat birthday parti kat KimKard bernilai jutaan jugak ke? kau ada? Iwan cakap, dia tak pernah sambut. dah 3 tahun lebih kenal, baru tahu pasal ni. haha. selfish. tak pe ye pendek yang comel, nt yaya buat birthday parti untuk iwan bernilai RM 3.9 juta dan hasil tolak bahagi darab tinggal 2 ringgit. okayyy ??




hampir sejam menggedik. toet ja aku sntuh kek tuh. haha cewi. sangat cewi. btw. thanks awak.
dia cakap sorry tak seberapa. its not sberapa? hey okay lah tu. yaya tak demand lebih lebih lah. yaya belajar bersyukur ja sekarang ni. tak perlu nak komen komen bagai. siap dapat jam lagi. nak banglo lah kalau nak seberapa. Mampu? hehe. yaya takut lah sesetengah BF yang jenis panas baran, kuat jeles, banyak songeh ni. Alhamdulillah dia tidak. he got his own life goal. perempuan perkara penting tetapi ada lagi penting selain perempuan. kerja and family. sebagai anak sulong kan. of koses banyak harapan. what i learn from him is today is not everything but tomorrow is something. sabar sabar.


So, perempuan perempuan di luar sana, sabar lah kalau dapat BF yang straight mcm ni. No excuse! yaya jadi ja diri sendiri walaupun berbeza sangat sangat antara kami dua ni. hehe. joddoh have no reason to meet people. its suddenly.

PERINGATAN!

lelaki tolonglah jangan panas baran. tak elok untuk kesihatan. be cool. tak perlu maki maki GF anda sebab mulut ja macam tu. hati? hati perempuan ni mcm kerak nasi. keras macam mana pun  jumpa air lembut jugak. so do not over ur temper. Perempuan pun dah tau lelakinya jenis mcm tu. jangan lah melebih lebih pulak. Perempuan memang TERKENAL pencabar ego lelaki. am i right? so remember. Hargai apa yang ada dengan kita. its better.

sebagai penutup kalam september yang lepas. Sabar itu indah, Syukur itu ibadah.

Tuesday 25 September 2012

Kadang-Kadang Kita Tak Tahu :)


Pernah dengar tak ' A GUY WHO KNOWS HOW TO COOK IS REALLY HANDSOME' ?
persoalannya disini kalau ' A GIRL WHO NEVER KNOWS HOW TO COOK? IS IT BEAUTIFUL??

Hehe. actually yaya tak pandai masak. sangat fed up dengan masak. tak suka dapur. mama selalu marah ' hang ni nanti kahwen nak bagi mak mentua makan apa? periuk naik ataih kpala kot satgi' OMG.
 sangat sedih. hahaha.

yaya jawab nanti kahwen yaya nak ambik orang gaji. tapi kalau orang gaji yaya jahat mcm mana. dalam drama selalu org gaji kebas suami orang. Scary okay? tapi yaya tak pandai. yaya lebih suka kemas rumah seharian dari masuk dapur setengah jam. its too boring. kalau sekali sekala masak Meggie yaya boleh la. mcm mana nak jadi isteri orang. tiap-tiap hari kena masak!!!!!!!!!!!!! sigh~~


patut la mama selalu kata 'hang ni kena kahwen orang kaya, kalau tak mau mak mentua ligan satu kampung'

penah yaya balik kampung kat Perlis semata-mata nak belajar masak dengan umi. sehari dua okay la semangat tu still kuat. last last cari dalam periuk orang jugak. buruknya perangai.  lemahnya lutut ni rasa nak memasak. sebenarnya memasak sangat seronok tapi nak bergerak ke dapur tu sangat liat. yaya rasa tak ada tarikan. mungkin family yaya jenis tak makan banyak. lebih suka makan tengahari sahaja, yang lain beli. 

Dulu kan, mama ada buka Restoren Mas dan Capati. hebat kan mama. jadi cikgu tapi sempat lagi masak-masak ni. yang menjadi persoalannya kat rumah dapur tak berasap pun. adik yaya siap perli mama lagi. huhu. sama ja anak beranak. Banyak kenangan kat kedai makan tu. main dengan anak tauke kedai kasut Ibti, Kedai Subrita, Emi Butik pengantin dan kedai kerepek yang jadi tumpuan budak-2 tengok cerita hantu. ( Sekarang KV kuala Nerang). orang pengecut macam yaya ni mana reti tengok cita hantu. hahahaha. 


Kalau nak tau, abah yaya pun pandai masak. such a great cooker. i think he's better than all my moms. huhu. abah suka makan. patut lah cari isteri pun pandai masak. kalau yaya nak kahwen nanti, nak macam abah yang pandai masak. tapi tak mau yang pandai komplen. yaya cepat bebai orang komplen-komplen ni. frust! masuk makanan dalam tong sampah baru tau. 

Umi yaya pun buka Restoren jugak kat Stadium Kangar dulu. yaya kerja kat situ bila cuti-cuti tapi yaya still tak pandai masak. kenapa dengan yaya ni. yaya ingat ada ka datuk-datuk nak kat yaya. kalau muka macam siti nur haliza tak pala. masalahnya, kuku siti pun sampai lagi. yaya malu orang makan masakan yaya. malu kena Komplen. Mama siap puji ' abang hang pun pandai masak dari hang,' realitinya pun memang mcm tu. adik yaya yang kecik pun pandai masak sendiri. huh! yaya tekad nanti kahwen yaya akan pandai masak. kalau tak reti tak kahwen. malu!!!!!

konklusinya keluarga yaya lahir-lahir  memang dah pandai masak. semua dah rasa jadi chef kat restoren. kalau tak restoren pun kat rumah sendiri. patut lah setahun 3 kali kenduri rumah yaya. rajin masak! pengsan. T.T 

Baru-baru ni yaya kena buat ikhtiar hidup. yaya ingat masak-masak untuk persediaan camping sahaja. rupanya pertandingan. aduiiiiii. mcm mana ni. banyak kali yaya doa hujan. 5 minit yaya mintak hujan. tak sempat apa Allah dah bagi hujan kat yaya. MasyaAllah. masinnya mulut. yaya takut lah masak-masak yang yaya memang fail ni. malu dengan kawan-kawan. diorang dah mcm bini orang dah bila masak. yaya sorang ja blur.


yaya buat lambat ja petang nak g aktiviti tu. tak pegi nanti bising pulak. time yaya pegi tu, yaya doa lagi hujan turun. hujan renyai2 sikit je. emmmmm. akhirnya yaya pasrah. cooking is start now!


yaya group dengan Haini, Hoi in, Yu, and Vanessa. majoritinya chinese. yaya pun berharap la idea-idea masakan cina diorang keluar. tunggu punya tunggu tak keluar-keluar. adoi. tak kan yaya kena bertindak kot ni. dah la bagi sardin, telur, bawang dan ikan bilis sahaja okay. sahaja. yaya pun bayang lah filem2 romantik yang yaya pernah tengok. kononnya hero n heroin terdampar kat pulau n show how they survive without anything. hero selalunya cari ikan kat laut. balik bakar dengan heroin. then sweet2 nyanyi lagu. hahaha (melampau yaya fikir kan)


yaya cari daun pisang, yaya mintak orang buka tin sardin, terus bahagikan ikan sardin tu sama besar. yaya masukkan sardin tu dalam daun pisang then yaya bungkus macam orang bungkus kacang kat stadium tengok bola. Ada kaitan ke bola ngan sardin. lantak lah! yang penting ikan tak keluar. hahaha.kumpulan yaya sangat bekerjasama. masalah2 teknikal semua diorang uruskan. seriusly hari tu yaya dah macam mak orang. berpeluh badan-badan kipas bara api. yaya lari kutip cabai/cili api kat tapak camping ipda. jauh kot. boleh lari 200 Meter perseorangan time tu. yaya jumpa bunga betik. actually yaya sendiri tak penah makan. pak ngah yaya sangat suka. dia rebus buat ulam. 


weekk!!! sangat pahit. yaya rebus mcm yaya dah penah makan. bukanny yaya kencing manis. nak buat alasan awet muda, mmg muka tak muda dah. semakin sedar diri ni. haha. seriusly tak tipu. sangat pahit!. haha nasib lah pensyarah yang makan. kawan kawan yaya berusaha goreng telur dadar resepi Tok Cik Jah yaya. yaya sebenarnya suka makan nasi goreng dia masak. yaya suka sebab dia goreng telur dengan ikan bilis. sedap sangat. yaya pandang je ikan bilis hari tu yaya terus bersih tulang-tulang. buang kepalanya then cuci bersih-bersih. 


macam-macam lagi lah yang dibuatnya. rebus telur lah, nasib baik masak. kalau tak masak yaya makan jugak sbab yaya penggemar telur separuh masak. perghhh makan dengan maggie kari + kangkung. tolong jangan teliur.


hasil akhir !!!!

hehe. comel kan. awal pensyarah datang pun dia dah tegur telur yang kumpulan yaya masak. dia siap merasa lagi. huhu. bangga sekejap. sampai last memasak baru yaya tau itu pertandingan. lawak gila. tak pernah masakan kita di nilai sebegini rupa. Alhamdulillah kumpulan yaya menang hari tu. Allah tak pernah tunjuk yaya boleh masak dekat rumah. tapi Allah buktikan yaya boleh buat dekat luar. InsyaAllah, nanti yaya kahwen, yaya ada family. yaya masak tiap-tiap hari. yang penting mama tak bising. ya ampun tak tahan okay.

penutupnya hari ni. yaya menunggu hari esok dengan debaran. 26 September 2012. Alhamdulillah, yaya dah umur 19 tahun esok. yaya dah besar. mungkin umur 23 nanti yaya masuk dapur oky ma. :)

Assalamualaikum.

bye-bye.



Saturday 22 September 2012

Salah sangka di sangka salah. itu sebenarnya diri aku.

Macam seronok kan bila dituduh? bila dicaci? di maki? di hina? sangat seronok. orang yang tak biasa rasa dan buat buat tak rasa mungkin okay. Aku pun masih okay. Aku kawan yang sanggup protect kawan. yang akan back up kawan walau jadi apa-apa sekali pun. tapi kenapa kawan time aku, cuma diam. diam okay. DIAM.s. Dah rasa tepu hati ni. mungkin dia sangat hebat, sangat dikenali, sangat disayangi. orang pun tak tinggi suara dekat dia walaupun dia punca segala-galanya. yes i admit, she's the best i ever seen. h

bila sebut status status di tweeter. ada satu tweet tu dia yang tulis, aku edit bagi ayatnya baik sikit ja. aku tak kisah. sebab bagi aku, aku bukan emosional sbb apa orang buat dekat dia. nak belasah dia sampai maximum pun aku tak kisah. itu cara orang lain tunjuk kasih sayang diorang. aku cuma nak dia happy. malam tu, aku boleh tengok dia gelak pun aku dah puas hati. aku tolong bersih pun sebab aku tak mau tengok nangis dan bukan aku rajin sangat pun. Aku demam okay? iwan tak bagi aku cuci. tapi aku cakap, sama ada aku kena jugak atau x nanti, aku akan cuci sebab dia tak sihat. she's my friend n itu cara aku untuk buat dia happy. TUNJUKKAN pada aku status mana kah yang panas?

 

dalami lah tweet tu betul-betul. JANGAN GUNA EMOSI LAGI. ask me.
Bila Rohingya jadi alasan. aku rasa aku dan si dia sahaja tahu mengapa kami suka kan perkataan tu. then perkataan tu yang membuat kan kami happy gelak2. semua ini cuma perbualan antara kami di tweeter. bukan nak sakitkan hati sapa-sapa.

aku terkejut ada yang sanggup jerkah aku. aku sangat hormat dia. dia macam idol aku. mungkin kadang kadang aku ada termarah dia sbb asigment n historian nite. mungkin dia baru nak lepas perasaan dia hari tu. xapalah sayang, mami okay.

ada yang sanggup marah aku tiba-tiba. aku tak expect tu dari dia. dia pun kawan aku. baik dengan aku. aku rasa tak ada masalah sebelum ni. mungkin dia pun dengar sebelah pihak ja. dia sepatutnya baca status di fb dahulu yang membangkitkan kemarahan aku. aku bukan sengaja nak marah2 orang.xapalah, semua emosi waktu tu.

mengenai Historian Night, aku tahu dan aku amat berterima kasih kat si dia sebab berjaya menaikkan nama kelas. tapi ada orang tahu disebalik kejayaan semua tu

1. siapa yang tulis skrip untuk dia baca atas pentas?
2. siapa yang beri kepercayaan tu untuk dia, dan hanya nak dia seorang sahaja dia atas pentas? bcoz i know her.
3. siapa yang sibuk cari konsep untuk dia?
4. dia pernah kata teater itu 'apa jadi ngan teater shit ko?' tapi aku tak kisah. aku kawal emosi aku sbb aku nak hasil akhir ni berjaya. dia berjaya buat kan.
5. ada orang hargai hasil karya aku? semua orang sbut sapa yg edit, sapa yg belakon, sapa yang punya idea??? tak ada kan. aku fikir tu hasil kerja bersama.
6. aku memang tak suka org kacau kerja aku. aku mengaku. tapi orang boleh pertikaikan ia jika dh nmpk hasil akhir. dah nampak kan hasilnya macam mana? 
7. kenapa aku still dipinggirkan? adakah otak kelas ketiga aku ni tak setanding A yang diorang dapat dalam asigmen.

Aku tak marah. sumpah dah hilang marah di hati ni.  i do it for our class. aku nak kelas kita tak dipandang rendah. kalau dah bijak IQ, kita perlu bijak EQ jugak. how to solve problem n against our emotion?

aku tak suruh buang hasil karya orang lain mcm tu ja. aku cuma nak menambah suai. dan komen yang diberi bagi menjaga nama kelas kita. logo itu cantik, kreatif tapi kurang sesuai untuk kelas. tapi tak apalah kalau tak terima bangkangan aku pun. aku okay.

aku cuma terasa pasal logo itu sahaja. status aku pon pasal logo itu sahaja. minta maaf lah kalau ada yang terasa. siapa yang text tu thanks lah ye. nak balas nanti nanti lah bila mami dah okay. sekarang blur lg.

ASSALAMUALAIKUM. (aku masih boleh senyum lagi)