Assalamualaikum. Lama tak menggeledah blog ni kan. Cuti-cuti
ni ada lah sikit masa untuk yaya tulis note sikit pasal yaya. Memandangkan cuti
yang diberi kepada semua IPG tiga minggu. Berkerak mata yaya keja tidoq ja kat rumah.
Nak pegi berjalan oversea? Banyak sangat kan duit yaya, elaun pon dah lesap di
shopping mall dahulu kala lagi. Hehe. Niway, cuti ni banyak kot kenduri.
Actually yaya malas sangat pergi kenduri.
Pastu tok bising cakap ‘hampa xpi kenduri org nanti org
takmai kenduri hampa blab la blab la”
 |
| destinasi kami namanya Taman Selasih, Kulim |
Jujur yaya rasa dah berkurun lamanya yaya pegi Kulim. Yaya tak sangka
sejauh itu sekali. Dari Kedah turun Penang masuk Kedah balik baru sampai Kulim.
Haha. TOLnya pon boleh tahan. Now I know kenapa ia perlu dimansuhkan. Eh
politik terselit. Hehe. Yaya punya masalah berada di atas highway dan suka
sesat. Dulu waktu yaya on the way ke Kuala Perlis pon yaya dah bebai sebab
sesat, mau teriak nasib baik orang pujuk. Padahal Perlis itu rumah kedua yaya
ja pon. Peristiwa dari highway Alor Star Selatan nak balik Ke Jitra pon boleh
terbabas ke Pendang. kenapa yaya tak ALERT dgn highway ah? stresss
Bila masuk ja kawasan rumah kenduri. Malu gila kot! Yang
anak anak dara ni yang jadi perhatian. Pastu sibuk la tolak orang lain pergi depan dulu. Semua orang mesti buat kan
bila jalan bergeng ni. Nasib baik kedatangan di rai. Makanan yang disediakan
sangat sedap. Dapat makan sambal ayam, daging masak kicap, gulai ikan dan
banyak lagi. Masakan pon macam mamak2 sikit sebab ada kuah dal dan kari apa
entah. Pengaruh masakan Penang la nih.
 |
| Abang kepada Paan, Fahmi dan Mira. Selamat Pengantin Baru |
Tengok pengantin tersenyum puas ja. Yang yaya tau
perkahwinan ni termetrai selepas 7-8 tahun berkawan. masyaAllah kuatnya ikatan
depa. Mcm mana hubungan tuh berkekalan? Teringin ja nak tanya tips. Hehe.
Bagi yaya dalam hubungan ni kena ‘GIVE AND TAKE’
- ·
Kalau si A PERLUKAN sesuatu,
si B kena BERSEDIA untuk tolong dan penuhi hasrat si B.
- ·
Kalau si B LAKUKAN sesuatu,
si A perlu BERTERIMA KASIH dan menghargai si B.
- ·
Kalau si A BERTEPUK SEBELAH TANGAN Si B perlu GENGGAM TANGAN pihak tersebut dan buat
rasa dia selamat dan dihargai.
- ·
Dan kalau si A MENGALAH, Si
B tak perlu MENYERAH.
 |
| pembuka sesi bergambar. haha |
 |
| awa dan da :3 |
 |
| sama cantik sama lawa. haha |
 |
| apa jenis gaya la ini. hurrmm |
 |
| uitttt. orang lain kahwen orang lain over! |
 |
| thanks thepoplook.com makin my day |
 |
| Macam hari raya :) |
 |
| Fahmi and Mira :) |
 |
kami hanya insan biasa yang nak kahwen jugak! hahaha
|
Mesti hubungan pengantin ni mcm ni. Semoga sang pengantin terus membina mahligai cinta mereka dengan restu dan doa ibu bapa.