Hai. sangat lama tak jumpa-jumpa dalam blog si mata bulat ni kan. pedulikan orang di sebelah, dia cuma menyibuk sebentar. setiap orang ada nama kan? mak ayah papa mama daddy mummy umi abah mesti dah sedia nama yang baik baik untuk anak-anak diorang sebelum lahir lagi. waa excited. tp yang kesian zaman dulu. mana tak nya paklong polis selalu silap daftar nama anak orang dari 'mariam' jadi 'meriam'. haru betul. saya sangat bersyukur sebab ANIS SURAYA pilihan mama. ada maksud ada hikmah ada rahsia disebalik nama tu.
Setahu yaya ANIS bermaksud teman,sejati,ceria manakala
SURAYA bermaksud sejenis bintang. Anis memang suka berteman berkawan. Baginya
kawan is everything. Cinta mungkin berkali tapi kawan cuma sekali. Tidak pernah
pun kawan pastu putus then kawan balik. Alhmdulillah semua kawan yang rapat
memahami perangai Anis. Tidak pernah merungut dan sentiasa sambut Anis dalam
apa jua keadaan. Kalau happy ketawa sampai tanah runtuh, kalau sedih boleh
tahan baldi sama2 n kalau marah kami diam membisu. Anis bukan mudah nak kawan
dengan siapa2. Anis akan tengok,check,uji berkali2 dulu. Lepas lulus baru
kawan. Bukan maksud memilih bulu atau nak yang sama standart ja. Anis
pentingkan keikhlasan bila berkawan. Buat apa nak fake sgt kan ?? main kutuk2 belakang n
berpuak2. Anis suka bila anis call. Akan ada yang akan jawab dgn nada gembira.
Bukannya masuk nombor dalam nombor tapisan. Anis bukan teh atau kopi yang perlu
ditapis. Anis punya banyak pengalaman.
Yang disangka baik pijak semut tak mati pun slumber ja khianat kawan. Yang
disangka jahat tulah yang mampu buat anis ketawa. Mungkin Allah dah kurniakan
nama Anis tepat dengan personalitinya. Baik buruk kawan hanya kita saja yang
tahu. Tak perlu jaja seluruh dunia kalau semua akan berbalik kepada kita. Anis
kalau berkawan anis lah yang paling bahagia.
Anis tengok orang lain berkawan. Kalau A pakai barang mahal,
B akan kelam kabut tanya beli kat mana berapa ringgit. ‘orang banyak duit,
makpak kaya’ Kalau A ada pakwe handsome,
B tak senang duduk akan try dapatkan yang mcm A punya.’ Untunglah pakwe
handsome’ Kalau A anak orang kaya, yang B akan jauhkan diri lawan kutuk
mengutuk yang A belagak. ‘dia kawan dengan orang2 kaya saja’ Kalau A cantik, yang B lah paling jelouse
bila banyak peminat. ‘macam lah cantik sangat, harap tampal bedak sekilo’ What
the…. Kan orang mcm tu. Anis pelik! Sepanjang anis berkawan. Tak jumpa lagi lah
org mcm tu.
1.
Contohnya Anizaton Iliana :
seorang yang sangat pemurah, pandai buat hal2 rumah. Anis sendiri tak pandai.
Dia jaga anis kat sekolah macam jaga anak dia okay! Kalau anis lapar. She’s the
one who rush to the canteen then find me a ‘burger’. Seorang yang tak pernah
merungut,. Menjahit baju dengan dia buat anis kenal erti susah senang
bersama-sama. Tapi sekarang dia ada komitmen. Anis bukan lupakan dia. Jauh
sekali tak ngaku kawan. Anis doa dia berjaya capai impian dia.
2.
Nor syahida : 5 tahun
perkenalan. Dia tetap perempuan yang sama. Blur, terlebih pemurah hati, agak
muslimah, suka bagi orang berhutang. Thanks darling. Tak tahu lah anis hutang
dia banyak mana, hutang duit, hutang budi,hutang nyawa,. Anis tak pernah tengok
dia marah2 anis serius2. Dia cuma tau merajok. Nanti kalau anis manja2 dengan
dia mesti dia okay balik. Kalau dia ni, macam kembar anis lah. Kami berbeza
latar belakang. Yang satukan kami Cuma ikhlas. Anis tak kisah. Dia tak kisah.
Apa yang anis tabik springgggg!!!!! Dia pandai sesuaikan diri. Dan takkan gapai
benda yang bukan hak dia, dia masih berpijak di dunia nyata. Caya lah!
Okay lah. Stop lah pasal makna nama pertama ni. Jum masuk
makna nama kedua pulak. SURAYA bermaksud bintang tujuh. Untuk pengetahuan adik
beradik yaya semuanya ada terselit maksud bintang. Yaya tak pasti disengajakan
atau kebetulan Ini cerita sekitar keluarga dan hidup yaya.. Kalau nak ikut yaya
ni ada mix siam dan melayu keling. Tak tahu pulak selama ni. Siam tu tahu lah
sebelah ayah. Yang satu lg tu baru tahu. Patut lah hairan y hidung yaya tak
mancung. Genetic siam lagi kuat dalam hidup yaya agaknya. Dah lahir2 pun diberi
nama bintang tujuh. Jauhnya kategori bintang tu. Paling malap ka?? Humm. Agak
mendalam. Walaupun bukan dilahirkan dalam keluarga sempurna macam org lain.
Yaya tak kisah. Itu specialnya hidup yaya. Diberi didikan awal di PASTI. Bukan
main dulu taw. Yaya antara pelajar bijak semasa kat sana. Kalau dapat anugerah
tu banyak la hadiah bawak balik. Sangat sopan kan dulu. Tak perlu fikir tentang
dunia yang kotor ni. Pakai tudung putih, jubah hijau lari kedek2 masuk kelas.
Semua doa yaya hafal. Gosok gigi sama sama. Main sama2. Yang yaya ingat yaya
suka ustazah yaya sebab dia cakap lembut sangat. Kalau mama yaya. Oh my!
Mungkin sebab tu dia tak jadi cikgu tadika. Kurang sesuai. Hehe. Masuk ja
sekolah rendah. Mak aiiii. Otak jadi kelas ke tiga terus. Sangat lembap. Lebih
suka main dari belajar. Mungkin otak kecil2 ja yang pandai. Lepas tu blur. Time
result je mesti paling lekeh. Tapi orang tak hairan lah, bukannya yaya lahir
dah bijak bestari. Dengan pemalas lagi. Time nak UPSR, boleh main guli lagi. Tu
tak kira tuju kasut, aci nusut, berkelah dan lain2. Sangat penat. Muka dah
macam mamak!
Yang bestnya mama tak marah dia cakap ‘UPSR ja pun. Dapat berapa
pun boleh naik tingkatan satu jugak’. Mungkin nak sedapkan hati anak dia yang
memang tak cerdik dah ni. Apa2 jalah ma… I LOVE YOU.
She knows me better. Naik
tingkatan 1 dipaksa masuk Maktab Mahmud. Oh tidak! Memberontaknya rasa. Mungkin
mama nak anak dia jadi sopan sikit kot jangan jadi budak buas. Don’t worry
mummy. Trust me. Nak berubah tak payah paksa. Sampai masa akan berubah sendiri.
Punya lah onar kat sana sampai kena tukar sekolah. Masuk SMK dato syed ahmad
yang banyak kawan. Tak perlu sopan sangat. Gaya hidup yang biasa2 sahaja.
Disinilah kenal erti cinta, kawan dan hubungan kekeluargaan. Bukan senang taw.
Banyak dugaan. Kadang2 dicemuh,dihina,dikata walaupun bukan kita yang bersalah.
Mungkin sebab hidup kadang2 ada terselit peristiwa hitam yang sampai bila2 pun
org akan ingat. Setiap manusia tak sempurna. Kalau buat salah tu. Pejam mata,
ingat Allah mampu bagi lebih nikmat yang boleh padamkan semua sangkaan buruk
orang lain. PMR! Huhu. Sangat berdebar. Usaha bersungguh2 nak result baik. Tapi
result kawan jauh lebih baik. Maksudnya yaya lah yang paling lekeh?? Hoho. Yaya
tak ambik pusing pun.
Macam biasa mama akan cakap ‘ PMR bukannya boleh masuk
university pun, SPM lagi penting’.
Hum. Nak sedapkan hati kali kedua ka ma?
Lain kali mama bubuh nama bintang pertama tau. Baru lah bersinar2 sikit hidup
kita. Ni dirundung malang aja. Masa nil ah gedik nak bercinta. Kau ingat kau
cantik sangat? Helo dalam sekolah berlambak2 yang putih cantik2. Muka ni muka
kelas ketiga lah yaya! Siapa pandang pun 3kali fikir. Nasib baik tak tujuh.
First love is first love. Dah tinggal kenangan. Tak perlu nak fikir sangat lah.
Belajar terima orang lain yang nak kat kita. Say hye to my beloved. Dia sangat
faham yaya. Kadang2 sampai yaya tak paham kenapa wujud makhluk ni. Dia sangat
relaks, tak fanatic cgt terhadap sesuatu benda, matang, yang penting dia lebih utamakan
belajar dari bermesej2 bercall2 segala ni. Yaya kadang2 kena bising tak study
nak exam. Mama pun jarang nak bising.
Mama cakap ‘kalau nak pandai baca lah
buku, kalau xmau , motong tak pun nikah’ aduii senangnya.
Macam nangka jatuh
atas kepala. Yaya belajar pun relaks saja. Esok nak exam. Hari ni letak meja
depan tv baca buku. Bukan struggle sangat pun. Malas dah pulun2. Last2 result
tak seberapa.
Mama cakap ‘ jangan pandai sangat nanti keja buat bom pulak’ .
haha. Mama stop lah dgn ayat merapu tu.
Actually sebelum ambik result yaya dah
mimpi Cuma yaya tak pasti. Masuk dewan. Bukan fikir result, fikir nak jumpa
kawan. Boleh bercerita gossip ni. Fuhh sangat layan. Orang mesti umum yang
result gempak dulu kan. Yang biasa ni belakang lah. Pertama tu panggil
classmate yaya. Yaya frust sudah. Tetiba ja nama bintang tujuh tu terkeluar
dari mulut pengumum. Fuh!! Berderai air mata kat situ. Sejak bila jdi bintang
pertama ni. Aduii malunya orang tengok. Eksklusif dari ladang!! Buat pertama
kali jugak tengok mama jatuh air mata bangga kat anak perempuan dia. Alhamdulillah!
Bersyukur cgt Allah realitikan mimpi aku semalam. Baru yaya sedar, nak berjaya
perlu sabar, perlu relaks. Don’t push our self. Siapa sangka perempuan yg
dulunya kelas ketiga naik ke kelas yang tersendiri. Sekarang yaya sedang meniti
tangga nak menjadi seorang guru pulak. Semoga yaya boleh jadi guru yang
penyabar macam mama. Yaya tak baik mana pon. Iman pun tak sekukuh orang lain.
But I’ll try my best. Sebab yaya punya matlamat nak pegang segulung ijazah,
bina rumah yaya sendiri,bagi mama n umi pergi Mekah, dan akhir sekali mesti lah
berkahwin dengan si Dia. Hehe InsyaAllah.
‘Hampa tunggu Kami taw, Kami tunggu
Hampa’.
Okay sampai sini jelah life story yaya. Semoga anda dapat
manfaat dari cerita ni. Percayalah pada makna nama anda. Allah sudah menetapkan
takdir anda.